Mutabaah amal

Salam BERSIH….semoga hari ni lebih BERSIH dari hari smalam..dan semoga hari esok lebih BERSIH dari hari ini…insyaAllah..:)

Pada kesempatan kali ini,ana nk sentuh mengenai mutabaah amal..definisi dan kepentingannya dalam kehidupan kita…Apa itu mutabaah amal??Kenapa kite perlu tahu dn amik tahu mengenai mutabaah amal ni??

Ok,mutabaah amal adalah pengawasan amalan ahli-ahli usrah. Ia dilaksanakan dalam usrah untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan fardhi setiap ahli usrah bagi memastikan hubungan antara mereka dengan Allah itu terjaga, walaupun di luar usrah.

Seringkali, mutabaah amal digunakan sebagai ukuran sejauh mana seorang akh itu serius dalam mengamalkan islam dalam kehidupannya secara seluruh.

Sebagai contoh, secara berperingkat-ringkat;

1) Ahli usrah diminta untuk membaca quran 2 muka surat sehari dan melaporkan sejauh mana mereka berjaya melaksanakannya.

2) Ahli usrah diminta untuk solat berjemaah sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari dan melaporkan sejauh mana mereka berjaya melaksanakannya pada usrah berikut.

Harapan dari mutabaah amal ini sangat besar iaitu sehingga seseorang itu mampu melaksanakan amal-amal yang lebih besar dan banyak dan berkualiti tanpa arahan sesiapapun, namun hanya kerana kecintaanNya kepada Allah.

Memang diakui dan tidak dinafikan,melakukan ibadat dengan ikhlas kepada Allah itu memang sangat sukar dan memerlukan mujahadah yg tinggi,tp melakukan maksiat dan dosa itu sangat mudah dan senang..TETAPI,apbila kite sudah mencapai tahap kemanisan dalam beribadat kepada Allah,maka hilanglah sifat liat dlm ibadat dan kite akan merasa seronok dan ingin sentiasa menambah ibadat kite kepada Allah atas rasa kecintaan kepada-Nya…Apa yg paling mencabar untuk mengamalkan mutabaah amal ini adlh bagaimana untuk trus istiqamah melakukannya…Allah sangat suka hamba-Nya yg melakukan ibadat kepada-Nya dgn istiqamah yakni berterus-terusan walaupun sedikit..Ya,kalau banyak melakukan ibadat tapi hanya hangat2 tahi ayam tidak boleh jgk,btol x??Kite sendiri pun x rasa seronok apbila melakukan ibadat yg sebegitu…

Apa pula kepentingan kite bermutabaah amal ini???

Sebenarnya,mutabaah amal memiliki banyak kelebihan kpd diri kite sendiri,antaranya adlah mutabaah amal dapat mengelakkan diri kite dri melakukan maksiat kepada Allah kerana kite slalu menjaga amalan kite secara istiqamah..Seterusnya,amalan yg kite lakukan itu akan membawa kepada kejayaan..Ya, mengapa tidak??Sebab apbila kite melakukan ibadat yg berterusan dn ikhlas kerana Allah,pastinya akan diberkati oleh-Nya..Bukankah itu matlamat kite hidup di dunia ini??MENCAPAI MARDHATILLAH(KEREDAAN ALLAH S.W.T.)..

Di sini,ana ingin berkongsi beberapa mutabaah amal yg boleh dijadikan panduan..semoga bermanfaat..:)

SUBUH:

-solat qabliah

-solat fardhu *awal

-*jemaah

-Al-Mathurat

-solat sunat isyrak

-bacaan Al-Quran

DHUHA:

-solat sunat dhuha

ZOHOR:

-solat qabliah

-solat fardhu *awal

-*jemaah

-solat ba’diah

-bacaan Al-Quran

ASAR:

-solat qabliah

-solat fardhu *awal

-*jemaah

-bacaan Al-Quran

-al-Mathurat

-riadah

MAGHRIB:

-solat fardhu *awal

-*jemaah

-solat ba’diah

-solat hajat

-solat taubat

-bacaan Al-Quran

ISYAK:

-solat qabliah

-solatt fardhu *awal

-*jemaah

-solat ba’diah

-bacaan Al-Quran

LAIN-LAIN:

-Al-Mulk

-Juz amma

-bacaan sirah

-bacaan fikrah

-sedekah

-mjlis ilmu

-usrah (circle/halaqah)

-qiamullail (solat tahajud,taubat,hajat,istikharah,tasbih,witir,bacaan Al-Quran)

-Kendiri (muhasabah diri,maafkan org lain,minta maaf)

-Puasa sunat (Isnin,Khamis,puasa Hari Putih (13,14,15))

-Surah harian:::::

~Ar-Rahman (ISNIN)

~Al-Waqiah (SELASA)

~Al-Muzzammil (RABU)

~As-Sajjadah (KHAMIS)

~Yaasin (KHAMIS)

~Al-Kahfi (JUMAAT)

~Al-Insan (SABTU)

~An-Nuh (AHAD)

~~~SeLaMaTbErAmAl:::

Bismillahirrahmanirrahim…….

Allahumma inna nau’zubikaminalhammiwalhazan..

Wa na’uzubikaminala’jziwalkasal..

Wa na’uzubikaminaljubniwalbukhl..

Wa a’uzubikamin gholabatiddaini wakohrirrijal…amiiin ya rabbal a’lamiiin……..

9:47 AM

25 REJAB 1432H

27 JUN 2011…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

qalbunsalim

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

Nuurnoar's Blog

Photoblog & Weblog

MyEverydayLife

Just a story about me and things around me

Azumar's Weblog

Just another WordPress.com weblog

KuFAIZ's Blog

Just another WordPress.com weblog

Gemilang Pasti Management

Konsultan pembangunan diri remaja dan kanak-kanak

Saifulislam.Com

Erti Hidup Pada Memberi

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: