Archive for Buku

Buku oh buku…

Assalamualaikum…pada entry kali ni ana ingin mengesyorkan beberapa buah buku yg bagus dn bermanfaat untuk dibaca…sebagai seorang hamba Allah di atas muka bumi ini,kite hendaklah sentiasa rajin utk mencari dn menggali perlbagai ilmu Allah..di samping menambah lagi ilmu penetahuan yg sedia ada..

Bukankah kite mahu bahwa ‘hari ini lebih baik dari semalam dn hari esok lebih baik dari hari ini’

Jadi,inilah salah 1 usaha utk kite menyahut pepatah tadi…yukk!!!

Di kesempatan ini,ana ingin mengessyorkan beberapa buah buku karya Hilal Asyraf,seorang novelis dn penulis lepasan MATRI dn sekarang sedang menuntut ilmu di University of Yarmouk,Jordon..Beliau sekarang berumur 22 tahun..

1)Tajuk : Takdir
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-286-2
Mukasurat : 533 Halaman
Status Stok : ADA

Penulis mendapat idea untuk menulis Novel Takdir, apabila penulis menonton trilogi Lord of The Ring yang merupakan adaptasi daripada Novel The Lord of The Ring karangan J.R.R. Tolkien. Penulis masih ingat, ketika itu adalah awal tahun 2008. Penulis berhajat untuk menulis satu cerita trilogi, yang mampu menyambung semula harapan manusia, kepada Allah SWT.

Dengan Novel ini, penulis hajatkan agar ianya memberikan inspirasi, kekuatan, kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT, dalam meneruskan perjuangan mereka menentang kebatilan di atas muka bumi ini. Memang kadangkala kita terasa, usaha kita sia-sia.

2)Tajuk : Hero
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-285-5
Mukasurat : 485 Halaman
Status Stok : ADA

Hero, hakikatnya hanyalah satu cetusan idea yang penulis dapat daripada gula getah yang ditinggalkan di tepi dinding dewan kuliah penulis. Daripada situ, ibarat bunga api, idea cerita Hero ini berkembang dan berkembang.

Ditambah hajat penulis yang besar untuk menewaskan apa-apa sahaja watak superhero yang tidak membawa manusia kembali kepada Allah SWT di atas muka bumi ini, penulis berusaha mengadun idea ini dengan sebaik mungkin agar terciptanya ‘Hero’ yang mampu membawa manusia kembali kepada Allah SWT agar memberikan manfaat.

3)Tajuk : Batu-Bata Kehidupan
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-291-6
Mukasurat : 340 Halaman
Status Stok : ADA

BATU-BATA KEHIDUPAN terdiri daripada tiga mauduk utama iaitu Allah, Cinta dan Kehidupan Mukmin yang merupakan bahan bina penting dalam struktur ‘bangunan kehidupan’ setiap insan.
BATU-BATA KEHIDUPAN mengajak pembaca membina ‘bangunan kehidupan’ dengan bahan bina yang berkualiti dan utuh agar ia dapat bertahan hingga ke akhirat.

Bukan semua orang faham berkenaan ukhuwah. Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwah seperti yang kita faham?

Kalau kita faham bahawa ukhuwah tertinggi adalah itsar, (melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham perkara yang sama?

Kalau sahabat kita faham, apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan?
… . Ya, jangan harapkan daripada sahabat kita apa-apa.
… . Ya, kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita.

Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita. Kita korbankan harta kita untuk sahabat kita. Kita korban apa sahaja. Semuanya untuk ukhuwah kita.

4)Tajuk : Matahari
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-269-5
Mukasurat : 384 Halaman
Status Stok : ADA

Menghimpunkan 18 buah cerpen tarbiah yang mempunyai pelbagai tema iaitu alam persekolahan, persahabatan, percintaan, kekeluargaan dan umum.

5)Tajuk : Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-215-2
Mukasurat : 224 Halaman
Status Stok : ADA

Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah. Pernah juga terfikir betapa malangnya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumiNya.

Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini dihadam dan dihayati satu-persatu.

6)Siri kedua Langit Ilahi ini mengumpulkan 60 tazkirah ringkas berkisarkan isu-isu yang berlegar di sekeliling kita. Penulis banyak menyentuh soal hubungan sesama manusia yang dapat mencipta hubungan yang lebih erat dengan Yang Maha Pencipta, Allah SWT.

Isu kekeluargaan juga dikaitkan sebagai pelengkap di dalam aturan kehidupan manusia di muka bumi. Dengan pengolahan yang santai dan bahasa yang mudah difahami, siri tazkirah ini sesuai dijadikan bahan bacaan untuk semua peringkat umur.

7)Tajuk : Langit Ilahi 3: Fanzuru (Maka Lihatlah)
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-265-7
Mukasurat : 314 Halaman
Himpunan 60 Tazkirah yang mampu mengaktifkan jiwa,agar mampu memandang sesuatu bukan dengan mata pancaindera saja, tetapi juga dengan mata hati.

8)Tajuk : Sinergi
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-250-3
Mukasurat : 500 Halaman
Status Stok : ADA

Dua sahabat, Rasyid Zakwan (Asid) dan Irfan Hakimi (Irfan), belajar di University of Yarmouk, Jordan. Ukhuwah mereka memberikan kesan kepada masyarakat sekeliling.

Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. Konflik ini bukan konflik dengki-mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah itu. Mereka jatuh cinta kepada Sara Nasuha, dan masing-masing tidak pernah meluahkannya.

Hinggalah satu hari, Irfan menceritakan rasa hatinya kepada Asid. Asid untuk beralah dalam senyap tetapi cintanya juga amat mendalam membuatkan dia sukar untuk kekal tenang. Lalu ukhuwah mereka berdua terganggu.

Sekumpulan pelajar bermasalah – Disaster Five – tidak senang dengan imej bersih Asid dan Irdan. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Kes menjadi rumit apabila muncul watak misteri di sebalik kejadian pecah rumah. Tambahan pula Irfan terjebak dalam perangkap…

9)Tajuk : VT
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-227-5
Mukasurat : 511 Halaman
Status Stok : ADA

Pasukan bola tampar MATRI tenat dan hampir dibubarkan hinggalah datang Hussam, jurulatih misteri. Siapa sebenarnya Hussam? Mampukah Hussam membawa MATRI mencalarkan rekod 25-0 SSNP lima tahun berturut-turut? Dapatkah Hussam menggunakan formula Islam untuk membawa Avant Garde ke mercu jaya?

Di tangan Hussam, setiap taktik adalah rahsia. Dan setiap rahsia ada kejutan!

10)Tajuk : Remaja Harapan
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-280-0
Mukasurat :184 Halaman
Status Stok : ADA

Mengisahkan watak utama, Megat Iskandar Asyraf, berumur 11 tahun berusaha untuk cemerlang di dalam USPR. Kisahnya tiada banyak konflik. Sekadar beberapa cerita yang memberikan inspirasi kepada anak-anak kecil untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak cepat kecewa. Terdapat banyak sirah-sirah nabawi dan para sahabat diselitkan dalam cerita ini untuk mengiringi langkah-langkah kejayaan si kecil. Lebih ?ringan? daripada Remaja Mulia yang kelihatan ?berat?. Kelebihan Novel Remaja Harapan ialah berisu ringan, ringkas, tetapi padat. Tidak sepanjang Remaja Mulia. Sesuai dibaca oleh pelajar tahun 5 hingga tingkatan 3. Ibarat cerita dalam cerita, apabila kisah nabawi mengiringi perjalanan si kecil. Dia akan sentiasa teraspirasi dengan kisah-kisah para sahabat dan Rasulullah yang gigih. Ini juga ibarat buku motivasi ringkas kepada anak-anak.

11)Tajuk : Remaja Mulia
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-242-8
Mukasurat : 132 Halaman
Status Stok : ADA

Remaja Mulia membawa kelainan apabila memunculkan watak kanak-kanak berusia 12 tahun yang jauh lebih matang daripada usianya. Hilal dalam laman blognya menulis, beliau mahu memanjakan pembaca kanak-kanak “dengan karakter-karakter tarbawi, karakter-karakter baik yang mereka boleh contohi. Agar mereka membesar dengan karakter-karakter ini.”

12)TERASING

Jz a word 2 describe d books “besttt!!!”

Boleh dikatakan hampir kesemua buku2 Hilal ni dah ada dalam simpanan..dn setiap kali ke kedai buku,buku2 karya Hilal Asyraf la yg mule2 ana cari..mgkin masuk dgn jiwa..mungkin,heh..so selamat mencuba (ceh!mcm resipi makanan la pulak)..^_^

Leave a comment »

qalbunsalim

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

Nuurnoar's Blog

Photoblog & Weblog

MyEverydayLife

Just a story about me and things around me

Azumar's Weblog

Just another WordPress.com weblog

KuFAIZ's Blog

Just another WordPress.com weblog

Gemilang Pasti Management

Konsultan pembangunan diri remaja dan kanak-kanak

Saifulislam.Com

Erti Hidup Pada Memberi

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.