Archive for Ibadah

Motivasi Kekeluargaan Ummah!

Assalamualaikum w.b.t..

Subhanallah Walhamdulillah Wa Lailahaillallah Wallahuakbar! Wa La Hawlawala quwwata illa billahil ‘aliyyil’azim…

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammad wa ‘ala aali sayyidina muhammad…

Bismillahirrahmanirrahim…Allahumma bariklana fii rojab wa syaaban wa balligna ramadan…

Alhamdulillah..setelah lama menyepi n x update blog ni,akhirnya pd mlm 14 Ramadan 1433H ini Allah bg ruang dan peluang utk ana menjenguk blog yg bersawang tebal nih!:)

Alhamdulillah..doa kita dimakbulkan Allah kerana kita masih berpeluang untuk berjumpa dgn Ramadan Al-Mubarak (bulan Tarbiyyah) pd thn 1433 H ini…Alhamdulillah!^^

Baru2 ini..ramai sahabat2 ana yg telah selamat mndirikan rumahtangga dgn pemilik tulang rusuk masing2…tahniah ana ucapkan!Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khoir…:)

 

 

Jadi,utk N3 kali ini ana trfikir utk menulis tntg motivasi kekeluargaan sebab selepas masing2 sudah selamat mndirikan rumah tgga,pastinya menunggu pula detik kelahiran cahaya mata ,kan3…wah!sweetnya..masyaAllah..Maka nikmat Tuhan manakah yg engkau dustakan???

Menurut Rasulullah SAW jg,sesebuah perkahwinan akan bertambah keberkatannya apabila pasangan memperoleh cahaya mata dalam masa yang singkat selepas perkahwinan…Melalui perkahwinan /pembinaan bait al-muslim inilah akan terlahirlah pejuang2 dan dai’e2 yg hebat,insyaAllah…^^

Sebenarnya,ana terlintas utk menulis pasal ni sebab ana ada mengikuti satu program motivasi kekeluargaan..pengisiannya sgt mntap penuh dgn ilmu dan amalan yg boleh diikuti terutamanya utk para ibu/wanita..ok cekkidout!:)

Antara isi penting ceramah…(asif,ana type yg ana salin je,xsempat nk eksplen lebih lnjut sbb skng dh mlm,nk kne tido awal sebab esk nk bgn sahur+qiamullail 🙂

-Al-Ahqaf:15

-Al-Quran kitab yang diturunkan lengkap termasuk pembinaan keluarga dan ummah

-Baca quran bukan untuk hafalan sahaja tapi untuk AMALAN

-Sahabat Rasulullah baca 2 potong ayat quran saja sebelum keluar rumah untuk diamalkan.

-Kesimpulannya,nak jadi ibu cemerlang mesti dengan adanya al-quran sebagai petunjuk dan panduan dalam kehidupan

-Contoh ibu cemerlang,Aminah (isteri yang solehah) merelakan pemergian Abdullah suaminya ke Syam untuk berniaga walaupun baru sehari kahwin berbanding umat sekarang yang belum tentu reda seperti redanya Aminah

-Petua ibu cemerlang

:Kena ada rasa kasih dan sayang pada suami semasa mengandungkan anak (impak pada anak dalam kandunagn)

:Setiap bulan mengandung ada doa dan cara pemakanan yang tersendiri

: Pemakanan ibu semasa mengandung sangat memberi kesan kepada anak dalam kandungan

:Sentiasa doakan anak semasa dalam kandungan dari awal lagi..pegang perut dan cakap “Wahai pejuang Islam”

:Kena khatam baca quran lapan kali dalam kandungan>anak genius

:Ceritakan pada anak-anak tentang keperwiraan ibu,bapa,datuk dan nenek barulah anak akan membesar jadi kuat

-Muslimat kita ada ummul mukminin dan ummahatul mukminin yang boleh dijadikan contoh tauladan:

:Ada muslimat yang suka memasak : Safiyyah r.ha

: Ada muslimat yang suka belajar : Aisyah r.ha

: Ada muslimat yang suka berniaga : Khadijah r.ha

: Ada muslimat yang minat berpolitik : Ummu Salamah

: Ada muslimat yang pemurah : Zainab r.ha

: Ada muslimat yang suka berdandan : Juwairiyah r.ha

>>>>Ibu yang cemerlang kena faham yang setiap anak punya minat dan kecenderungan masing-masing dan kita kena menyokongnya

-Ibu cemerlang kena mantapkan AQIDAH anak-anak

-Perempuan yang tenang dan bahagia, punya susu dada yang pekat dan banyak

-Ibu yang cemerlang sentiasa doakan anak dari kecil sampai mati

-Lakukan penyusuan dengan penuh kasih sayang.Mulakan dengan bismillah dan dengan senyuman yang manis pada anak-anak,pasti ibu akan berbahagia.

 

Kriteria Ibu Cemerlang—

Ibu yang cemerlang kena tahu hak dan tanggungjawab:

  1. Hak:ditaati, dihormati oleh suami dan anak-anak
  2. Tanggungjawab:masak untuk suami dan anak,beli pakaian,sediakan tempat tinggal yang selesa dan bahagia untuk anak-anak

-Ibu yang cemerlang kena pandai bezakan syakilah (kecenderungan) dan malakah (bakat)

-Didik anak-anak melalui pemakanan

-Ibu cemerlang juga menjaga kebersihan

Wallahu’alam…semoga bermnfaat..:)

Advertisements

Leave a comment »

Mutabaah amal

Salam BERSIH….semoga hari ni lebih BERSIH dari hari smalam..dan semoga hari esok lebih BERSIH dari hari ini…insyaAllah..:)

Pada kesempatan kali ini,ana nk sentuh mengenai mutabaah amal..definisi dan kepentingannya dalam kehidupan kita…Apa itu mutabaah amal??Kenapa kite perlu tahu dn amik tahu mengenai mutabaah amal ni??

Ok,mutabaah amal adalah pengawasan amalan ahli-ahli usrah. Ia dilaksanakan dalam usrah untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan fardhi setiap ahli usrah bagi memastikan hubungan antara mereka dengan Allah itu terjaga, walaupun di luar usrah.

Seringkali, mutabaah amal digunakan sebagai ukuran sejauh mana seorang akh itu serius dalam mengamalkan islam dalam kehidupannya secara seluruh.

Sebagai contoh, secara berperingkat-ringkat;

1) Ahli usrah diminta untuk membaca quran 2 muka surat sehari dan melaporkan sejauh mana mereka berjaya melaksanakannya.

2) Ahli usrah diminta untuk solat berjemaah sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari dan melaporkan sejauh mana mereka berjaya melaksanakannya pada usrah berikut.

Harapan dari mutabaah amal ini sangat besar iaitu sehingga seseorang itu mampu melaksanakan amal-amal yang lebih besar dan banyak dan berkualiti tanpa arahan sesiapapun, namun hanya kerana kecintaanNya kepada Allah.

Memang diakui dan tidak dinafikan,melakukan ibadat dengan ikhlas kepada Allah itu memang sangat sukar dan memerlukan mujahadah yg tinggi,tp melakukan maksiat dan dosa itu sangat mudah dan senang..TETAPI,apbila kite sudah mencapai tahap kemanisan dalam beribadat kepada Allah,maka hilanglah sifat liat dlm ibadat dan kite akan merasa seronok dan ingin sentiasa menambah ibadat kite kepada Allah atas rasa kecintaan kepada-Nya…Apa yg paling mencabar untuk mengamalkan mutabaah amal ini adlh bagaimana untuk trus istiqamah melakukannya…Allah sangat suka hamba-Nya yg melakukan ibadat kepada-Nya dgn istiqamah yakni berterus-terusan walaupun sedikit..Ya,kalau banyak melakukan ibadat tapi hanya hangat2 tahi ayam tidak boleh jgk,btol x??Kite sendiri pun x rasa seronok apbila melakukan ibadat yg sebegitu…

Apa pula kepentingan kite bermutabaah amal ini???

Sebenarnya,mutabaah amal memiliki banyak kelebihan kpd diri kite sendiri,antaranya adlah mutabaah amal dapat mengelakkan diri kite dri melakukan maksiat kepada Allah kerana kite slalu menjaga amalan kite secara istiqamah..Seterusnya,amalan yg kite lakukan itu akan membawa kepada kejayaan..Ya, mengapa tidak??Sebab apbila kite melakukan ibadat yg berterusan dn ikhlas kerana Allah,pastinya akan diberkati oleh-Nya..Bukankah itu matlamat kite hidup di dunia ini??MENCAPAI MARDHATILLAH(KEREDAAN ALLAH S.W.T.)..

Di sini,ana ingin berkongsi beberapa mutabaah amal yg boleh dijadikan panduan..semoga bermanfaat..:)

SUBUH:

-solat qabliah

-solat fardhu *awal

-*jemaah

-Al-Mathurat

-solat sunat isyrak

-bacaan Al-Quran

DHUHA:

-solat sunat dhuha

ZOHOR:

-solat qabliah

-solat fardhu *awal

-*jemaah

-solat ba’diah

-bacaan Al-Quran

ASAR:

-solat qabliah

-solat fardhu *awal

-*jemaah

-bacaan Al-Quran

-al-Mathurat

-riadah

MAGHRIB:

-solat fardhu *awal

-*jemaah

-solat ba’diah

-solat hajat

-solat taubat

-bacaan Al-Quran

ISYAK:

-solat qabliah

-solatt fardhu *awal

-*jemaah

-solat ba’diah

-bacaan Al-Quran

LAIN-LAIN:

-Al-Mulk

-Juz amma

-bacaan sirah

-bacaan fikrah

-sedekah

-mjlis ilmu

-usrah (circle/halaqah)

-qiamullail (solat tahajud,taubat,hajat,istikharah,tasbih,witir,bacaan Al-Quran)

-Kendiri (muhasabah diri,maafkan org lain,minta maaf)

-Puasa sunat (Isnin,Khamis,puasa Hari Putih (13,14,15))

-Surah harian:::::

~Ar-Rahman (ISNIN)

~Al-Waqiah (SELASA)

~Al-Muzzammil (RABU)

~As-Sajjadah (KHAMIS)

~Yaasin (KHAMIS)

~Al-Kahfi (JUMAAT)

~Al-Insan (SABTU)

~An-Nuh (AHAD)

~~~SeLaMaTbErAmAl:::

Bismillahirrahmanirrahim…….

Allahumma inna nau’zubikaminalhammiwalhazan..

Wa na’uzubikaminala’jziwalkasal..

Wa na’uzubikaminaljubniwalbukhl..

Wa a’uzubikamin gholabatiddaini wakohrirrijal…amiiin ya rabbal a’lamiiin……..

9:47 AM

25 REJAB 1432H

27 JUN 2011…

Leave a comment »

Indahnya hidup bertutup aurat…:)

Assalam..

pada post kali ini ana nk tekankan bab aurat..bab aurat adlh sgt penting dalam kehidupan sama ada lelaki mahupun wanita..tapi kalau dilihat pd zaman serba canggih ni,wanita dn aurat amat serasi dan sukar dipisahkan..bukan sj pd zaman sekarang,tp sejak dahulu lg…Bab aurat sering menjadi current issue n tak pernah reda malah semkin menjadi-jadi setelah dunia Barat memperkenalkan 3F iaitu FUN,FASHION N FOOD..owh,memang sgt terkesan ideologi Barat ini di Asia..ana sgt terkilan..ana nasihatkan kite tgk dan ukur sendiri adkh betul apa yg kite buat,fikir dulu sblm bertindak kerana boleh dikatakan seluruh ruang lingkup kita ingin dikuasai Barat..SEDARLAH WAHAI SAUDARAKU!!

Org yg tahu dan ada ilmu bab aurat ni ada dua jenis:sama ada mengaplikasikan ilmunya dgn menutup aurat dgn sempurna dn 1 lg hanya sekadar tahu tp lgsg x mengamalkan ilmu itu,malahan kite tgk skng betapa dahsyatnya isu aurat terutamanya pendedahan aurat wanita yg nyata berpakaian tp berbogel bak kata Rasul junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W..

Lihat dalam firman Allah berkaitan aurat yg WAJIB!!! ditutup: Surah An-Nur:31,Surah Al-Ahzab:59.

Ilmu tentang aurat WAJIB diketahui oleh semua orang sm ada perempuan atau lelaki,kecik atau besar,tua atau muda…Sebelum ana bawa lebih lanjut bab aurat dan bermacam2 fesyen pendedahan aurat pd zaman sekanrang,mari kita refresh blik APA ITU AURAT dn di mana BAHAGIAN YANG WAJIB KITE TUTUP sebagai muslim..

 

 

 

MaksudAuratdari segi bahasa:Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a’ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong  jalan di bukit. (Munawwir,Kamus Bahasa A’rab-Indonesia)

Private parts, genitals, defect, fault and blemish. (Al-Mawrid Al-Quareeb,A Pocket Arabic-English Dictionary)

Dalam Hadis:”Wanita itu adalah a’urat”.( المَرْأةُ عَوْرَةٌ ),Maksudnya wanita itu menjadi a’urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap  terasa malu. (Lisanul A’rab.Jilid 4) 

Kesimpulannya:

Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu,dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah ‘AURAT’ (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.

Maksud Aurat dari segi syara’:Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat. (Fiqh Al-Manhaji A’la Al-Mazhab Al-Imam Syafie’,Jilid 1)

Aurat itu bukan hanya dalam ruang lingkup menampakkan kulit kite sj,tp aurat jg termasuklah berpakaian ketat,seksi,mencolok mata,longgar dn sebagainya..ana rasa kite boleh fikir sendiri mcm mane yg dikatakan aurat..ukurlah diri kite,adkh kite nampak seksi di mata org lain,maka itulah aurat..

Jangan amalkan ini!!!!!!!!

 

 

 

Amalkan ini…:)

 

 

 

 

 

 

Batas aurat harus dijaga dgn baik wahai saudara-saudaraku…

jom kite revise balik aurat sesama muslim:

Aurat antara perempuan dan lelaki bukan muhrim;

perempuan:seluruh badan adlh aurat kecuali muka dan tapak tangan…p/s:wahai wanita..jgn tahu sj,lakukan..amalkan..!!!

lelaki:aurat antara pusat dan lutut sj..

Aurat antara lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan..(walaupun saudara-mara,adik-beradik dll)-aurat antara pusat dan lutut..p/s:jd jgn menggatal la nk berbogel depan adik beradik lelaki mahupun perempuan..hanya antara suami isteri sj tiada aurat…!

Jadi..apa tggu lg wahai saudaraku sekalian…yg dah tutup aurat dgn sempurna..tahniah ana ucapkan..semoga istiqamah dn mgkn boleh jd lbh baik seperti memakai tudung yg lebih labuh dari sekarang atau pakaian yg lebih longgar..

Yang merasakan dirinya belum lg memenuhi batasan aurat seperti di atas,silakan mnutup aurat dgn baik lepas ni…ingatlah,mujahadahmu insyaAllah diberkati Allah dan pahala yg besar buatmu..sanggupke kite asyik menambah atau top up dosa kering setiap hari bile kuar rumah..free2 je dapat dosa yg sama setiap hari selagi belum berubah..tidakkah anda berfikir betapa kite boleh jimat dosa setiap hari bile kite dah tutup aurat dgn sempurna ibarat kite nk jimat penggunaan air dan elektrik (maklumlah taarif dah naik) setiap hari???

Yakinlah kite bahawa apbila kite menuruti syariat Allah yg indah itu,kite akan dapat merasa keberkatan yg mencurah-curah dari Allah Taala dalam kehidupan kite..sape tak suke bile hamba kite ikut kata kite..mcm bibik atau org gaji yg taat pada tuannya..semua org suka hati dan gembira,btol x???

Jadi,apa tggu lagi,kalau bukan sekarang bila lagi??kalau bukan kite sape lagi??

JOM!!!

Ya Allah Ya Tuhanku..jadikanlah kami dan keturunan kami org2 yg sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dgn sempurna..Berilah kami kesejahteraan di dunia dan di akhirat..amiiiin!

8:03 AM

24 REJAB 1432H

26 JUN 2011…

^_^

 

Leave a comment »

“Sabar 2 ada batasnya….”

Ana dah tak tahan macamni ukhti..ana dah tak tahan…

Ana rasa ana dah cuba buat yg terbaik yg mampu ana buat tp kenapa sampai sekarang tak nampak ada hasil pun..macam mana ni ukhti..ana dah tak tahan sangat..rasa nak putus asa pun ada..huuu…

Ana buat ini salah..ana buat itu salah..mana yg btol pun ana tak tahu..dahlah hari2 kena bebel di supervisor ana tu..tak cukup tu kawan2 pun semua pandang ana sebelah mata je,mcmlah ana ni pelacur pulak..Allahuakbar!Apa salah ana ni ukhti..dah setahun ana cuba yg terbaik…Ana tahu ana perlu ngadu kt Allah tapi ana dah usaha dn tawakal,eksperimen ana tu mcm tu jugak..tak nampak hasil lgsung..asyik2 negatif je resultnya..kadang2 SABAR 2 ADA BATASNYA JUGAK..ana dah tak tahan sangat,rasa nk putus asa je blaja ni..huhuuu..

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

qalbunsalim

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

Nuurnoar's Blog

Photoblog & Weblog

MyEverydayLife

Just a story about me and things around me

Azumar's Weblog

Just another WordPress.com weblog

KuFAIZ's Blog

Just another WordPress.com weblog

Gemilang Pasti Management

Konsultan pembangunan diri remaja dan kanak-kanak

Saifulislam.Com

Erti Hidup Pada Memberi

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.