Archive for The Creator

Allahuakbar!!!

Bismillahirrahmanirrahim…

Ramai di kalangan kita sentiasa merasa rendah diri lah,ilmu kurang lah,tak hebat lah dan macam2 lagi lah..betol x??

 

 

Jangan risau wahai sahat2ku…sebab Allah itu Maha Adil…Dia mencipta setiap manusia dgn pelbagai ciri2 kesempurnaan dan kelebihan yg kadangkala ramai yang tak sedar yang dia punya kelebihan tersebut…

So,manusia haruslah sentiasa muhasabah diri,koreksi balik diri masing-masing adakah kita sudah mengoptimumkan segala kemahiran dan kelebihan yg Allah kurniakan pada setiap kita utk beribadat kepada Allah???untuk menjalankan suruhan Allah??…jangan lupa firman Allah:::

“Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beriabadah kepadaku”… Az.Zariat 56.

emmm..jom tgk diri masing2,apa aku boleh sumbangkan utk Islam?apa yg aku ada?fikir fikir dan fikir lagi,pasti kamu memiliki jawapannya…:)

“JaNgAn kItA KAgUm ApAbIlA MeLiHaT OrAnG hEbAt…TaPi kAgUMlAh dGn kEkUaSaAn ALLAH yAnG MeNuTuP KeAiBaN YaNg TeRdApAt pAdA OrAnG TeRsEbUt”-ALLAHURABBI!

*short entry for today…hope it’s helpful..^^

Leave a comment »

Zikrullah..penenang hati dan jiwa..

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Benarlah firman Allah bahawa hati akan tenteram dgn sentiasa mengingati-Nya..Bagaimanakah cara mengingati Allah yg menyebabkan hati kite jadi tenang dan tenteram itu???Wahai saudaraku..jgn kite terkeliru di sini,mengingati Allah di sini bukanlah hanya dgn menyebut nama Allah,tp mngingati Allah di sini adalah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya..barulah hati jadi tenang..

Sebagai contoh,kite mengingati Allah dgn mengerjakan solat fardhu dan sunat,membaca al-Quran,berzikir,bersedekah dan pelbagai lagi amalan2 soleh yg lain..maka Allah berfirman bahawa dengan cara ini,hati kite akan menjadi tenang..btul x sahabat2??

Sebab itulah,kite biasa mendengar orang yg tidak mengerjakan solat,selalu melakukan perbuatan yg tidak disukai oleh Allah dan sebagainaya,hatinya tidak akan tenang dan jiwa sentiasa kacau..dalam keadaan beginilah syaitan mudah untuk membisikkan kejahatan ke dalam diri kite dn kite akan mudah terhumban ke dalam lembah kebinasaan..oh,betapa mendalam dn bermaknanya kata2 Allah ini yg menjadi benteng agar kite selalu beringat..betapa sayangnya Allah pd hamba2-Nya…

Mari sama2 kite perhatikan maksud zikrullah itu sendiri:

Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah”  dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.

Sementara Ibn Asyur  mengatakan  “zikrullah”   bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.

Ringkasnya,  “zikrullah”    bermaksud  kita  menguatkan hubungan dengan Allah SWT  dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.

Kite diajar utk tidak sesekali meninggalkan berzikir kepada Allah kerana zikir dapat mengubat penyakit hati yg terdapat dalam diri manusia seperti riak,takbur,ujub,bangga diri dan sebagainya..di sini ana nk tegaskan jgn sesekali kite tidak berzikir dalam masa 1 jam,1 hari bahkan sepanjang masa walaupun kite hanya menyebut nama Allah tnpa mengingati-Nya atau tanpa menghadirkan Allah dalam hati kite…

Tetapi,harus diingat,tuntutan zikir adlh di mna mulut menyebut kalimah zikir dan hati mengingati Allah..Kalimah zikir yg paling ringkas adlh:SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH LAILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR WALAHAWLAWALAQUWWATAILLABILLAHILA’LIYYILA’ZIM…mudah bukan???jom sama2 amalkan di mana jua tak kire masa…:)

Apbila kite mnyebut nama Allah,ketahuilah bahawa Allah akan mengangkat dari 100 hati yg lalai kepada Allah..wah!betapa hebatnya ziikrullah!!!

Saudaraku..perlu diingat juga di sini bahawa janganlah kite sesekali meninggalkan bacaan al-Quran kerana ia merupakan zikir yg paling utama dan pintu kepada tauhid dan hidayah Allah..kalau rasa malas sangatpun,bacalah beberapa ayat pun jadilah dalam sehari..tetapi,jika diperhatikan..tidak malukah kite pd Allah..Allah mngurniakan pelbagai nikmat kepada kite di atas muka bumi ini,tp kite hnya beramal sedikit shja..Allah..malunya kite mnjadi hamba yg tercorot begitu..lakukanlah amal2 soleh yg istiqamah dan rajin kepada Allah supaya Allah mengenali kite dn dapat memberi syafaat kepada kite di akhirat kelak..perumpaannya seperti apbila kite berbuat baik kepada jiran,memberinya bermacam2 hadiah,maka jiran kite itu pasti seronok dan akan mengingati kebaikan kite serta mengenali kite smpai bile2..begitu juda dgn pencipta kita,Allah Azza Wa Jalla…sebab itulah kite dituntut utk melaksanakan HABLUMMINALLAH WA HABLUMMINANNAS…jg hubungan dgn Allah dn sesama manusia…

Kesimpulannya…

tinggal zikir bererti MATI..

hidupkan zikir bererti HIDUP..

WALLAHUA’LAM…

8:53 AM

3 SYAABAN 1432H

05/07/2011

Leave a comment »

Usaha msti..tp hidayah sememangnya milik Allah…

Assalam…

Jom selak laman suci surat cinta dari Pencipta Langit dan Bumi..Surah al-an’am:125

Maksudnya:Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

Maksud lapang dada dalam ayat di ats ialah suatu cahaya ilahi yang diletakkan dalam hati seseorang sehingga menjadi lapang dada..Tanda org lapang dada:
-Jiwa cenderung pada akhirat dan kebaikan.
-Benci kepada maksiat dan keburukan.
-Sentiasa bersedia menghadapi kematian.
-Menjauhi diri dari tipu daya keduniaan.
Manakala,maksud sesak dada dalam ayat di atas ialah orang yg tidak beriman kpd Allah, diumpamakan spt org sedang mendaki ke langit dgn segala kepayahan sehingga sesak dada. Mereka terdiri dari org kafir, fasik, pengkhianat,zalim, sesat,

dan pendusta agama..Tanda org sesak dada:
-Sentiasa mencari jalan mengganggu perkembangan agama Islam
-Benci dan gelisah dgn ajaran Islam.
-Sentiasa gusar dan takut dgn kematian.

Subhanallah..terbukti bahawa hanya Allah berkuasa mengurniakan hidayah kepada hamba-hambaNya..Jika Allah menginginkan kebaikan buat hamba-Nya,Allah akan kurniakan kebaikan buatnya..Segala-galanya tidak sukar bagi Allah Azza Wa Jalla..Allahuakbar!!!

Tetapi harus diingat takdir itu di hujung usaha manusia..Allah juga akn melihat usaha hamba-Nya dalam usaha untuk mendapatkan hidayah..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri :Surah Ar-Ra’d (ayat 11)..Hal ini kerana Allah tidak melihat pada natijah,sebaliknya Allah menilai pd usaha kite..btol tak kwn2???

Bagaimana cara atau usaha kita utk mendapat hidayah Allah???

–Sentiasa membaca al-Quran dan menghayati kandungannya

-Istiqamah dalam melakukan ibadat wajib

-Melazimkan diri melakukan ibadat sunat seperti solat sunat dan puasa sunat

-Sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T.

-Sentiasa berdoa memohon hidayah daripada Allah…

Apakah maksud hidayah??Hidayah ialah petunjuk dari Allah S.W.T..Orang yg diberi hidayah oleh Allah tak semestinya menerima hidayah Allah..Hanya orang yg menerima hidayah Allah itu digelar orang yg mendapat hidayah Allah kerana tanda orang yang mendapat hidayah adalah berubah tingkah lakunya dari kufur kepada beriman atau dari orang Islam yg jahil kepada muslim yg beriman..

Tahukah anda???Hidayah Allah boleh terbahagi kepada 2 kategori:

Hidayah itu ada dua macam.Masing-masing adalah hidayah dilaIah dan hidayah taufiq.

Hidayah Dilalah

Ini adalah bimbingan atau petunjuk pada kebenaran. Dalam hidayah ini, terdapat campur tangan dan usaha manusia, di samping hidayah Allah dan bimbingan RasulNya. Allah telah menunjukkan jalan kebenaran pada manusia yang mukallaf, juga Dia telah menunjukkan jalan kebatilan yang menyimpang dari petunjuk para Rasul dan KitabNya. Para rasul pun telah menerangkan jalan ini kepada kaumnya. Begitu pula para da’i. Mereka semua menerangkan jalan ini kepada manusia. Jadi semua ikut ambil bagian dalam hidayah ini.

Hidayah Taufiq

Hidayah ini hanya milik Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya (dalam pemberian hidayah taufiq ini). Ia berupa peneguhan kebenaran dalam hati, penjagaan dari penyimpangan, pertolongan agar tetap meniti dan teguh di jalan kebenaran, pendorong pada kecintaan iman. Pendorong pada kebencian terhadap kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan.

Hidayah taufiq diberikan kepada orang yang memenuhi panggilan Allah dan mengikuti petunjukNya.
Jenis hidayah ini datang sesudah hidayah dilalah. Sejak awal, dengan tidak pilih kasih, Allah memperlihatkan kebenaran kepada semua manusia. Allah berfirman:
Artinya:
“Dan adapun kaum Tsamud maka mereka telah kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk itu …. ” (Fushshilat: 17 )

Dan untuk itu, Allah menciptakan potensi dalam diri setiap orang mukallaf untuk memilih antara jalan kebenaran atau jalan kebatilan. Jika dia memilih jalan kebenaran menurut kemauannya sendiri maka hidayah taufiq akan datang kepadanya. Allah berfirman:
Artinya: “Dan orang-orang yang meminta petunjuk, Allah (akan) menambah  petunjuk pada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya ” . (Muhammad: 17)

Jika dia memilih kebatilan menurut kemauannya sendiri, maka Allah akan menambahkan kesesatan padanya dan Dia mengharamkannya mendapat  hidayah taufiq. Allah berfirman :
Artinya:”Katakanlah: ‘Barangsiapa yang berada dalam kesesatan, maka biarlah Tuhan Yang Maha Pemurah memperpanjang tempo baginya …. “(Maryam: 75)
Artinya: …Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka “. (Ash Shaf: 5)

Ya..terbukti!!hidayah sangat penting dalam kehidupan kita..ia byk kali disebut dalam al-Quran..kenapa ana kata hidayah penting??apa peranan hidayah dalam kehidupan kita sebenarnya???Mari kita sama2 telusuri beberapa kepentingan hidayah:

-Benteng iman atau mencegah syirik kepada Allah..

-Mudah dapat keredaan Allah..

-Terdorong ke arah kebaikan..

-Menjadikan seseorg hidup bahagia di dunia dn di akhirat..

-Sabar menghadapi dugaan hidup..

-Benci kepada maksiat dan kemungkaran..

-Jiwa tenang..

Mendapat hidayah dari Allah merupakan satu anugerah yang paling besar..

*Ayah Nabi Ibrahim yang bernama Azhar kerana tidak mendapat hidayah tetap menjadi kafir sehingga akhir hayatnya..

*Abu Jahal,bapa saudara nabi s.a.w kerana tidak mendapat hidayah juga mati dalam kekufuran..Begitulah yang lain-lainnya seperti isteri dan anak-anak nabi Nuh assalatuassalam..

*Asiah ialah seorang isteri yang mudah mendapat hidayat Allah.Ketika Nabi Musa diutuskan menyampaikan dakwahnya, baginda mendapat tentangan daripada firaun dan pengikutnya.Tetapi isterinya sendiri telah menganut agama yang disampaikan oleh Nabi Musa..Firaun memujuk isterinya Asiah supaya mengubah keyakinannya, tetapi Asiah menjawab’ Aku boleh mengaku engkau(firaun)sebagai suami tetapi bukansebagai tuhan..Akhirnya Asiah dibunuh.Rohnya diangkat oleh Allah ke suatu tempat yang tenang dan damai..
*Isteri dan anak Nabi Nuh A.S. adalah org yang tidak mendapat hidayah walaupun keluarga nabi sendiri..Nabi Nuh menyuruh kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berbagai-bagai tuhan, tetapi mereka tidak menerima seruan baginda.Begitu juga dengan isteri dan anaknya. Walaupun jaminan diberi untuk kebahagiaan tetapi hidup di dunia dan di akhirat tetapi isteri dan anaknya tetap menghina Nabi Nuh..Akhirnyamereka ditenggelamkan dalam banjir besar..
Marilah sama2 kite panjatkan setinggi tinggi kesyukuran kepada Allah Alhamdulillah!!! kerana nikmat hidayah yg tidak ternilai ini..mgkn kite pernah terfikir bertuahnya kite kerna memperoleh hidayah dari Nya..tapi bagaimana pula dgn org yg blm lg memperoleh hidayah dari Allah??bukankah sgt kasihan..sebab itulah apbila kite berjumpa dgn org yg melakukan maksiat,hendaklah kite selalu amalkan utk berdoa spya mreka jg memperoleh hidayah seperti kite..begitu jg dgn org bukan Islam…insyaAllah doa kite untuk org lain akan diaminkan oleh malaikat..amiiin……

Leave a comment »

Ujian…tanda amaran atau tingkatan darjat di sisi-Nya..???

Semua org pernah diuji bukan??Ujian itu merupakan asam garam kehidupan yg penuh berliku ini..Tiada orang sepi dari ujian..Bezanya antara manusia yg menerima ujian ini adalah bagaimana kita mghadapi ujian yg diturunkan oleh Allah S.W.T. Yang Maha Penyayang..Pernahkah kita terfikir kenapa kita harus diuji lagi sedangkan Allah telah menentukan takdir,qada’ dan qadar masing2???

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

qalbunsalim

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

Nuurnoar's Blog

Photoblog & Weblog

MyEverydayLife

Just a story about me and things around me

Azumar's Weblog

Just another WordPress.com weblog

KuFAIZ's Blog

Just another WordPress.com weblog

Gemilang Pasti Management

Konsultan pembangunan diri remaja dan kanak-kanak

Saifulislam.Com

Erti Hidup Pada Memberi

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.